TUNKU NIK MAN MARHUM TUNKU NIK SALLEH MARHUM TUNKU NIK CHIK MARHUM TUNKU MUHAMMAD CHAN

TUNKU NIK MAN MARHUM TUNKU NIK SALLEH MARHUM TUNKU NIK CHIK MARHUM TUNKU MUHAMMAD CHAN

Isnin, 25 Jun 2012

APA DAH JADI...

                      25/6/2012 0830Hrs............. Saya dikejutkan dengan satu berita dari rakan baik saya yang berjumpa seorang pengamal perubatan di Canglon,Kedah......satu berita yang sukar saya terima.....tidak yakin dengan itu saya merujuk kepada seorang ustaz di Lunas.Kulim,Kedah....Jawapannya sama.......saya telah disiherkan dengan cara ilmu hitam (bomoh siam) dengan memuja roh dan penggunaan anak patung....bukan saya meminta simpati dari sesiapa cuma keluhan saya dalam dunia IT yang serba canggih ini masih ada pehak yang sanggup melakukan perkara-perkara begitu...yang pastinya yang dibuat bukan merugikan saya alhamdulillah untuk ini....rahmat Allah....walaupun saya alami pelbagai kesakitan dan keadaan yang sukar diceritakan....inilah nilai hasil pengorbanan saya selama ini...ada insan yang tidak memiliki ilmu agama dan perasaan sanggup melakukan perkara-perkara begitu atas alasan hasad dengki/iri hati dan manusia bertopengkan kebaikan ini akan menerima hasil perbuatannya di akhirat kelak.

                       Perjuangan saya selama 8 tahun untuk mengesan salasilah keturunan dan 3 tahun dalam penulisan rupanya tidak disenangi sesetengah pehak.Saya tidak menuduh sesiapa dalam hal ini sebaliknya ada kesilapan besar yang saya perhatikan untuk ini...kedegilan saya adalah puncanya....kelemahan saya juga..tetapi kebaikan untuk semua orang.Saya tak ada kepentingan dalam hal ini niat saya cantumkan semula sebahagian kerabat yang tersisih dan dihargai semula kerana masing-masing mempunyai hala tuju sendiri..tidak menolak atau menidakkan mana-mana kerabat...yang mempunyai pertalian secara terus atau tidak...saya tetap saya...seandainya jika saya kembali kealam akhir saya, saya merayu kepada kerabat yang lain teruskan perjuangan kalian...untuk memartabatkan keturunan kita yang  terpinggir...perjuangan saya bukan untuk diri sendiri...perjuangan saya untuk semua.....daulatkan intitusi beraja dan kita adalah tunggak yang akan berada dihadapan mereka untuk mempertahankannya.

                    Andainya saya gugur sebelum berjuang dan gugur sebelum selesaikan amanah ini mohon saudara yang lain teruskanlah penulisan kalian kaitkanlah blog saya ini agar ianya menjadi lagenda satu hari nanti.....penulisan.....kesakitan diselarikan dengan ungkapan ayat-ayat berbentuk luahan....untuk direnungkan.....bahawa permata yang hilang walaupun dicungkil dan digilapkan semula akan hilang lagi akhirnya....

                   ...... Martabatkan semula keturunan Sultan Muhammad Jiwa II.......walaupun saya generasi ke 8.............generasi yang tidak dikenali.....dan tidak diketahui...dan tiada fakta sejarah ditulis mengesahkannya......namun....kerabat yang hampir dan dekat dengan saya mengetahuinya...  kita gugur tinggalkan fakta untuk dikaji semula.Sejarah negara bangsa kita harus dipebetulkan agar ianya tidak dimanipulasi oleh sejarah barat.....inilah akhirnya perjuangan cucu Panglima Salleh atau Tunku Nik Salleh (mangkat tahun 1932m)untuk membela nasib kerabat yang terpinggir.....sebahagiannya telah saya perolehi untuk di satukan...dan biarkan ia kekal sebagai perjuangan ...... penyatuan kerabat.....itu perlu.............

3 ulasan:

  1. Salam Nik..

    Moga Allah segera menyembuhkan Nik.. Saya walaupun agak skeptik dengan alam mistik ini, tetap menerima kewujudan makhluk halus dan sihir ini kerana disebutkan dalam al-Qur'an.. Sentiasalah hampirkan diri dengan Al-Qur'an.. Bukan sahaja ia pendinding di dunia malah memberi syafa'at di akhirat.

    Namun begitu Nik.. berhati-hatilah dalam bertemu para pengamal perubatan alternatif ini. memang saya akui kebanyakannya bagus dan mengikut lunas-lunas Islam. Namun ada juga yang agak menyimpang walaupun menggunakan juga ayat-ayat al-Qur'an yang bercampur-baur dengan mentera-mentera lama.. Jika mereka menggunakan jin, maka porak-perandalah keluarga. Jin ini memang suka melihat manusia berpecah-belah dan berfitnahan. Sebab itu setiap kalau berjumpa bomoh, ayat yang biasa diberitahu ialah bukan orang jauh yang buat, orang dekat sahaja.. ataupun bukan orang lain juga.. Ustaz Abdullah Mahmud dari Pulau Pinang tetapi kerap muncul dalam ruangan Ceramah Pilihan Radio Pahang kerap mengingatkan para pendengar dalam hal ini. Ada kes, jin yang sama mengekori. Mula2 pasangan suami-isteri selalu berantakan. Jumpa bomoh, bomoh pertama bagitau mak isteri yang buat. Pasangan tersebut tak berapa percaya, jumpak bomoh lain pulak. Jin tadi ikut naik kereta pi rumah bomoh kedua.. Jin habaq kat tok bomoh kedua mak mentua suami iaitu mak isteri yang buat. Sudah.. rasa 50-50 dah la masa tu..
    Dok isok pi jumpak bomoh ketiga pulak.. jin malam tadi tidoq rumah depa, ikut naik keta pi sana..
    Bila tok moh ketiga habaq lagu tu, kompom..tadi berantakan rumah tangga ja..ini habih anak-beranak ipaq-duai..
    Nasib baik lepas tu depa pi jumpak Ustaz Abdullah.. berdamai la balik.. tapi, dah ada parut ni payah la sikit..

    Bukan apa, ingatan dari saudara jauhmu yang mahu martabat seluruh keturunan kita kembali gemilang dunia akhirat.. Ameeen.

    BalasPadam
  2. Firman Allah Ta’ala dalam hadis Qudsi : “Hai anak Adam, memadailah dengan yang sedikit, supaya kayalah engkau, dan tinggal olehmu dengki supaya senanglah hatimu, dan jauh olehmu akan segala yang haram supaya ikhlas agamamu, dan barangsiapa meninggal akan mengumpat nescaya zahirlah kasih untuknya, dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada semua manusia nescaya sejahteralah ia dari segala fitnahnya. Dan barangsiapa yang sedikitlah perkataannya nescaya sempurnalah akalnya. Dan siapa yang redha dengan barang yang sedikit nescaya percayalah ia kepada Allah s.w.t.”

    BalasPadam