TUNKU NIK MAN MARHUM TUNKU NIK SALLEH MARHUM TUNKU NIK CHIK MARHUM TUNKU MUHAMMAD CHAN

TUNKU NIK MAN MARHUM TUNKU NIK SALLEH MARHUM TUNKU NIK CHIK MARHUM TUNKU MUHAMMAD CHAN

Sabtu, 4 Ogos 2012

TENGKU PUTEH MENGESAN SUSURGALUR YANG TERPUTUS

Assalamualaikum

                    Sejarah anak-anak Tengku Puteh mempunyai dua orang anak iaitu Tengku Desa (makam di perkarangan Masjid Sungai Pasir,Sungai Petani, Kedah)dan Tengku Midah dimakamkan ditanah perkuburan Islam Kampong Bukit,Sungai Pasir,Sungai Petani,Kedah (dua tempat berbeza)
Menurut penceritaan yang diperolehi Tengku Desa dipercayai cacat tangan disebelah kanan sama ada cacat semasa kecil atau cacat semasa dewasa tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat lengkap.Makam Tengku Desa telah dibaik pulih besama makam Kerabat Kedah yang lain...oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong(Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah-Sultan Kedah) sewaktu lawatan baginda diMasjid berkenaan,Ini dapat dilihat pada perubahan asal makam Tengku Desa....
                    Waris Tengku Desa juga tidak dapat dihubungi dan dikesan hingga kini oleh pehak saya.Saya adalah keturunan Tengku Midah iaitu adinda kepada Tengku Desa....Merujuk kepada penceritaan yang saya perolehi Tengku Puteh juga digelar Tok Panglima Tengku Sakti (nama yang dinyatakan ini kurang mendapat pengesahannya)Saya pernah membuat lawatan ke makam Tengku Puteh di Perkampungan Acheh, Pantai Merdeka tetapi sebahagian penduduk tempatan mengesahkan bahawa makam yang dikelilingi batu kawi di belakang mimbar masjid berkenaan ialah makam Tengku Nyak Puteh...dan ada pehak juga mendakwa makam Tengku Puteh dimakamkan dikaki Gunung Jerai (Tidak disahkan lagi) .Anak Tengku Puteh iaitu Tengku Midah dipercayai telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Ali dari Pemerintahan Patani (tidak disahkan lagi dipercayai Satun = Setoi @Pattani)...saya cuba gambarkan siapa itu Tengku Puteh adakah orang yang sama dengan Tengku Long Puteh ini saudara ipar Sultan Ahmad Tajuddin..jika di nyatakan kemungkinan adalah orang yang sama.
                   Setelah saya buat kajian hanya terdapat 3 nama sahaja yang tahunnya ada persamaaan iaitu Tengku Long Puteh Kelantan,Tengku Nyak Puteh dan Tengku Long Puteh  Kedah semasa berperang bersama Tunku Muhammad Saad Ibni Tunku Daud....tetapi apabila dibuat kajian juga Tengku Nyak Puteh tidak mempunyai sejarah yang tercatat hanya cerita dari mulut ke mulut dimana baginda membantu Kedah berperang semasa kemasukan Sukothai ke Kedah era perang Musuh Bisik 1821m dimana mengetuai angkatan perang dari Acheh membantu Kedah .Manakala Tengku Long Puteh ini ada berkemungkinan adalah dari Kelantan @ Kedah sendiri, Cuma tidak pasti asal usul Tengku Long Puteh ini,Ada mengatakan Tengku Puteh juga dikenali sebagai Raja Laut yang mengetuai angkatan Perang baginda sendiri semasa membantu Kedah..Kita lihat dibawah ini kajian seorang pengkaji sejarah semasa kaji selidik beliau...Menurut penceritaan yang tidak jelas Tengku Puteh dibunuh di dalam Daerah Baling,Kedah,semasa peperangan yang berlaku disana.dikatakan Tengku Puteh sukar dibunuh oleh pehak sukhothai walau pun cuba dicederakan tetapi tidak berkesan ,Akhirnya pehak sukhothai telah menangkap Tengku Puteh dengan hukuman  yang amat teragis dengan menceraikan tubuh badan baginda .Hanya dengan menceraikan tubuh baginda dengan kejam baru lah Tengku Puteh disahkan mangkat.
                     Setelah baginda mangkat perajurit baginda dipercayai telah mencuri tubuh badan baginda dan dilarikan kesemuanya lalu dimakamkan dikaki Gunung Jerai ( lokasinya sebelum Padang Tok Syeikh) disebelah Yan atau Gurun tidak pasti lokasi yang tepat.


Gerakan Tentangan Terhadap Siam

Kemudiannya Kedah menghadapi serangan dari Siam pada tahun 1821. Tokoh yang bertanggungjawab merancangkan serangan ke atas Kedah ialah Raja Ligor.1 Raja Ligor pula mendapat arahan daripada Bangkok.2 Pada Ahad 12 November 1821, perahu pasukan tentera Siam yang berlepas dari Trang tiba di Kuala Kedah. Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah.3 Pasukan Siam yang mengandungi 7,000 orang tentera di bawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah, dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan ke atas Burma.4 Sebaliknya pula, apabila pasukan tentera Siam tiba di Kedah pada 12 November 1821, secara mengejut melancarkan serangan ke atas Kedah. Bendahara dan Laksamana yang cuba melawan, kerana tidak bersedia dikalahkan dengan mudah oleh tentera Siam. Sultan Ahmad Tajuddin yang berada di Kuala Muda kerana sedang menggali terusan di sana, mengundurkan diri ke Seberang Perai, di kediaman saudaranya Tunku Sulaiman dan akhirnya ke Pulau Pinang.5 Dato' Syahbandar, Dato' Temenggung dan Dato' Laksamana terkorban dalam peperangan. Dato' Bendahara, Tunku Yaakob (putera Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah) dan Tunku Jam Jam ditawan oleh Siam. Bendahara dipercayai diracuni ketika dalam perjalanan ke Senggora.6 Di antara matlamat serangan Siam tersebut untuk menangkap Sultan Kedah.7 Tentera Siam membunuh ramai orang lelaki; menangkap wanita dan kanak-kanak sebagai tawanan.8 Dianggarkan sejumlah 1,000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba kepada Raja, Pemangku Raja (Wangna) dan menteri-menteri Siam.9 Setelah menduduki Kedah, Chao Phya Ligor meletakkan dua orang anaknya, Phya Buri Saknuton sebagai Gabenor dan Phya Sina Nunchit sebagai Timbalan Gabenor. Pentadbiran mereka dibantu oleh pegawai Siam. Namun begitu kedua-dua hanya disahkan jawatan mereka oleh Rama lll selepas tahun 1826.10 Di samping itu pentadbiran Siam di Kedah dibantu oleh pasukan tentera Siam bagi menjamin perlaksanaan pentadbiran dan undang-undang.11 Pada tahun 1822, Syarikat Hindia Timur Inggeris menghantar wakil yang diketuai oleh John Crawfurd, di antara lain untuk mengembalikan semula Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah di atas takhta kerajaan Kedah.12 Begitu juga dengan utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok pada tahun 1825, salah satu matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah di atas takhta kerajaa Kedah.13 Kedua-dua utusan ini gagal berbuat demikian. Namun begitu Kapten Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian dengan kerajaan Siam pada tahun 1826. Antara syaratnya, British mengakui kedaulatan Siam ke atas Kedah dan British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah.14

Walaupun pada mulanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang berada di Pulau Pinang tidak dibenarkan oleh British berangkat ke Seberang Perai,15 tetapi kemudiannya Gabenor R. Fullerton membenarkan baginda ke sana beberapa hari ke Seberang Perai untuk menguruskan harta dan membawa keluarga ke Pulau Pinang. Sebelum berangkat, Sultan Ahmad Tajuddin disyaratkan bertemu dengan Gabenor R. Fullerton terlebih dahulu.16 Setelah membuat janji bertulis akan bertemu Gabenor R. Fullerton, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berangkat ke Seberang Perai.17 Setelah berada di sini Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menolak cadangan British untuk memindahkan baginda ke Melaka, sebaliknya lebih cenderung untuk tinggal di Seberang Perai.18 Gabenor R. Fullerton memaklumkan kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang beliau tidak boleh melanggar keputusan yang telah dibuat untuk memindahkan Sultan ke Melaka.19 Penjajahan Siam di Kedah, mulai 1821 telah mencetuskan siri gerakan membebaskan negeri Kedah di bawah pimpinan golongan bangsawan Kedah. Pada tahun 1826, Syed Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Kudin,20 anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah; Tunku Long Putih,21 saudara ipar Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku Sulaiman melancarkan serangan ke atas pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah. Serangan mereka dapat dipatahkan oleh pasukan Siam.22 Pada tahun 1828, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Tunku Kudin dan Tungku Long Puteh berada di Seberang Perai. Pada tahun 1829, Tunku Kudin, bersama pengikutnya, dengan disertai, antaranya Tunku Long Puteh, Tunku Jaafar dan Tunku Dagang, anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil melancarkan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi dikalahkan oleh tentera Siam.23 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah juga merancangankan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana rahsia rancangan baginda diketahui oleh Siam. Surat24 yang baginda hantar kepada Seri Lela Pahlawan dan Raja Putera Jaya mengenai perkara ini jatuh ke tangan Siam. Dalam bulan Januari 1830, Tunku Kudin berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke Kedah melalui Perai. Setelah berada di Kedah, angkatan Tunku Kudin menjadi bertambah ramai dengan penyertaan penduduk Kedah.25 Mereka yang menyertai Tunku Kudin ini mengsifatkan perjuangan mereka adalah jihad menentang orang kafir, Siam.26 Pada tahun 1831, angkatan Tunku Kudin terdiri daripada 2,000 orang, termasuk di dalamnya 80 orang bekas tentera sepoi, memakai pakaian seragam pasukan sepoi British27 dengan semangat jihad,28 melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang berada di Kota Kuala.29 Dalam pertempuran ini angkatan Siam dikalahkan. Kota Kuala dapat diduduki oleh Tunku Kudin pada 24 April 1831.30 Pasukan Tunku Kudin mendapat bantuan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.31 Dalam usaha menjamin hubungan baik British-Siam, Gabenor R. Ibbetson32 menyatakan British tidak terlibat membantu Tunku Kudin;33 hanya Tunku Kudin yang menyibarkan dakyah British membantunya.34 Di samping itu Gabenor R. Ibbetson mengeluarkan isytihar, mereka yang terlibat dalam serangan ke atas Kedah disifatkan sebagai lanun.35 Tentera Siam yang bertahan di sini mengundurkan diri ke Alur Ganu, markas pertahanan mereka. Kira-kira 30 orang tentera Siam ditawan dan disiksa sehingga mati; sebagai membalas dendam di atas tindakan tentera Siam sebelum ini ke atas orang Kedah.36 Begitu juga dengan orang Cina yang membantu tentera Siam disiksa hingga mati.37

Kejayaan Tunku Kudin mengambil balik Kota Kuala, serta mengundurkan tentera Siam diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau telah mengumpulkan kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Jun 1830.38 Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke atas pasukan Tunku Kudin di Kota Kuala. Walaupun Tunku Kudin dan pasukannya cuba mempertahankan kedudukkannya, tetapi dikalahkan oleh pasukan Siam. Tentera Siam memasuki Kota Kuala, kira-kira 50 orang Melayu termasuk Tunku Kudin terkorban. Pada badan Tunku Kudin terdapat kesan tembakan peluru. Bagi orang Melayu Kedah, perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir; mati syahid dan masuk syurga.39 Tunku Kudin telah dipancung kepala; kepalanya dibawa ke Bangkok.40 Mereka yang berjaya melepaskan diri berundur ke Pulau Pinang atau Seberang Perai.41 Ketika pertempuran berlaku, Gabenor R. Ibbetson melayan tuntutan Raja Ligor melalui artikel 13; iaitu British tidak akan membenar Sultan Kedah atau pengikutnya menyerang, mengacau atau mencederakan dalam jajahan Kedah atau mana-mana kawasan yang tertakluk kepada Siam. Beliau juga mengeluarkan pengisytiharan yang menyatakan barangsiapa yang ditangkap akan dianggap sebagai lanun dan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Selain itu British juga memberi bantuan ubat bedil kepada Raja Ligor.42 Kapal-kapal perang diarahkan ke Sungai Kedah dan Sungai Merbok untuk memintas pasukan Tunku Kudin dan Tunku Long Puteh yang mungkin akan mengundurkan diri daripada serangan Siam melalui laut.43 Pihak British di Pulau Pinang menghantar kapal perang Zephyr dan Emarald;44 kemudiannya kapal Wolf di bawah Kapten Hamley dihantar berlabuh di hadapan muara Sungai Kedah untuk mengawal bantuan tentera dan bekalan perang dari Pulau Pinang kepada Tunku Kudin. Angkatan ini pula dibantu oleh kapal Alligator.45 Selain itu pihak British juga menghantar kapal Crocodile untuk mengawal perairan Kedah. Kapal H.M. Wolf di bawah pimpinan H. Hamley diarahkan oleh Gabenor R. Ibbetson mengepung Kuala Kedah dan mengawal pejuang Kedah yang disifatkan sebagai lanun. Dengan penglibatan ini British berharap Siam akan mempercayainya.46 Kapten H. Hamley bersama kapal Wolf diarahkan juga menyibarkan surat pengisytiharan yang menyeru supaya pasukan orang Melayu bersurai.47 Langkah Gabenor R. Ibbetson menghantar pasukan British membantu Siam ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan.48 Gabenor R. Ibbetson juga mengarahkan Leftenan Kolonel Gibson mengawal kawasan pendalaman Seberang Perai untuk menjamin keselamatan di sini.49 Sementara itu Siam menuntut British melaksanakan tindakan ke atas Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, berdasarkan artikel 13, perjanjian Burney, menguruskan perpindahan baginda ke negeri, selain daripada Pulau Pinang, Seberang Perai, Selangor dan Burma. Dengan itu British mengambil keputusan memindahkan Sultan ke Melaka.50 Gabenor R. Ibbetson percaya keamanan hanya akan tercapai sekiranya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dipindahkan ke Melaka.51 Dalam peperangan, kira-kira lima bulan, kira-kira 700 orang tentera Siam terbunuh; 1,500 orang pejuang Kedah terkorban. Setelah Kota Kuala jatuh kembali ke tangan Siam, kira-kira 4,000 hingga 5,000 keluarga telah ditawan dan dibawa ke Siam.52 Siam mengambil masa yang agak perlahan untuk menawan semula Kedah daripada Tunku Kudin.53 Kapal Wolf meninggalkan Kuala Kedah. Penglibatan dan sumbangan H. Hamley bersama kapal Wolf mendapat pujian daripada Gabenor R. Ibbetson.54

Kegagalan kebangkitan Tunku Kudin ini tidak memudarkan perjuangan Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1835, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang berada dalam buangan di Melaka mendapat kebenaran daripada kerajaan British untuk berangkat ke Deli.55 Apabila permohonan diluluskan, baginda tidak berangkat ke Deli, sebaliknya berangkat ke Beruas, Perak. Baginda tinggal di tebing Sungai Beruas, Perak. Di samping itu, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghubungi kawan baginda di Pulau Pinang dan Seberang Perai.56 Pada 27 Mac 1837, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang berada di Beruas mengeluarkan pengisytiharan supaya berhimpun di Pulau Langkawi. Gabenor S.G. Bonham pula mengisytiharkan surat amaran mengingati jangan menyokong Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Sekiranya ingkar mereka akan menerima padahnya.57 Ketika berada di Beruas, Sultan Ahmad Tajuddin dikunjungi oleh Raja Muda Perak.58 Baginda telah mengumpulkan penyokong untuk melancarkan gerakan membebaskan Kedah dari Beruas. Kunjungan Raja Muda Perak ke Beruas ini tidak disenangi oleh pihak British. Gabenor Murchison menghantar Kapten James Low ke Perak, memberi amaran kepada Raja Muda supaya jangan terlibat dengan gerakan Sultan Kedah.59 Kapten James Low juga menyatakan kepada Raja Muda supaya jangan berhubung dengan Sultan Ahmad Tajuddin. Jika membenarkan Beruas menjadi markas serangan ke atas Siam di Kedah, British tidak akan membantu Perak sekiranya diserang oleh Siam.60 Kapten James Low juga dikatakan mengertak Raja Muda Perak, Siam akan menggunakan alasan ini untuk melancarkan serangan ke atas Perak.61 Kapal perang Zephyr ke Beruas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin ke Melaka atau ke tempat lain dalam Negeri-Negeri Selat.62 Pada 15 Februari 1837, kapal Zephyr yang gagal membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Melaka meninggalkan Beruas belayar ke Langkawi untuk menyiasat kekuatan orang Melayu di sini.63 Kerajaan Benggala menekan supaya memindahkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dari Beruas ke Melaka.64 Kemudiannya kapal Zebra di bawah pimpinan Kapten McCrea dan perahu Diamond65 dihantar ke Beruas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Melaka. Kapten McCrea gagal mempengaruhi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berangkat ke Melaka, kerana baginda sudah bertekad untuk berangkat ke Kedah.66 Namun akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kembali semula ke Melaka. Baginda dikawal supaya tidak mencetuskan serangan ke atas Kedah. Elaun baginda dikurangkan.67 Kemudiannya bangkit pula gerakan tentangan di bawah Tunku Muhammad Saad. Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad Ali menyibarkan surat jemputan ke Seberang Perai, menjemput datang berkumpul di Sungai Muda dan Sungai Merbok untuk sama-sama menentang Siam di Kedah.68 Tunku Muhammad Saad dibantu oleh Dato' Muhammad Ali dari Langkawi; Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Akib dari Setul; Syed Husin dan Wan Muhammad Arshad dari kayang(Perlis); Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman;69 Syeikh Abdul Samad al-Palembangi, seorang ulama terkenal di Kedah pada ketika ini;70 juga panglima perang, seperti Tok Mo Ris(Bomoh Idris) dari Perupok, Kubur Panjang;71 Dato' Syahbandar Wan Daud dari Pulai, Baling dan Dato' Madi dari Bandar Baru.72 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menghantar 100 orang dan lima buah perahu ke Kedah membantu gerakan menentang Siam.

Dalam usaha mengembeling tenaga sokongan penduduk Kedah, Tunku Muhammad Saad menyeru semua yang ingin menyertai gerakannya dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok.73 Penduduk Kedah menyahut seruan ini berkumpul di Sungai Merbok. Penduduk Kedah juga memberi sokongan kepada Tunku Muhammad Taib.74 Tunku Muhammad Saad melancarkan gerakannya pada bulan Mei 1838. Tunku Muhammad Taib berkumpul di Seberang Perai bersama-sama kira-kira 700 atau 800 orang dan kemudiannya memasuki Kedah.75 Angkatan Tunku Muhammad Saad yang berada di Sungai Muda mara ke Kedah setelah berjaya mengalahkan tentera Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai.76 Pada 13 Jun 1838, angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad bergabung dengan angkatan Tunku Muhammad Taib berjaya mengundurkan pasukan tentera Siam yang berada di Kuala Sungai Merbok.77 Dengan itu angkatan ini mara ke Kedah dan Perlis.78 Pada 3 Ogos 1838, Tunku Muhammad Saad dan angkatannya melancarkan serangan ke atas Kota Kuala. Serangan Tunku Muhammad Saad ini dapat diatasi oleh pasukan Siam yang terdiri daripada 70 orang yang mendapat bantuan 300 orang Melayu melalui kerahan. Angkatan Kedah melancarkan serangan sekali lagi pada 4 Ogos 1838. Kali ini angkatan di bawah Tunku Muhammad Taib datang dari darat, membawa keluarga orang Melayu yang berperang bagi pihak Siam di dalam Kota Kuala. Keluarga orang Melayu tersebut dijadikan benteng pertempuran. Apabila tiga orang tua dan dua orang wanita terkorban serta ramai yang cedera, menyebabkan orang Melayu yang berada di dalam kubu menyokogan tentera Siam keluar menyokong Tunku Muhammad Taib. Angkatan Siam yang tidak dapat bertahan mengundurkan diri ke arah Perlis.79 Setelah pasukan kerahan Melayu tidak ada lagi membantu pertahanan di Kota Kuala, pasukan tentera Siam menjadi lemah. Kota Kuala dapat diambil semula oleh Tunku Muhammad Saad. Tentera Siam yang gagal melarikan diri telah ditangkap dan disiksa hingga mati. Tindakan ini dilakukan kerana tentera Siam pernah melakukan perkara yang sama ke atas orang Melayu sebelum ini. Angkatan Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang cuba bertahan di Alur Ganu di bawah Phya Buri Sukhuton dan berjaya mengalahkan mereka.80 Dato' Muhammad Ali pula bergerak ke utara dan berjaya menduduki semula Setul. Kemudiannya tentera Siam dihalaukan keluar dari negeri Kedah; angkatan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad berjaya menegakkan kembali kedaulatan Melayu dan Kedah. Kerajaan Bangkok menuduh British lebih berpihak kepada Kedah.81 Angkatan Tunku Muhammad Saad di bawah Wan Ua(?) dan Wan Mat Pulau mara ke Chenak. Penduduk Cina dan Siam melarikan diri ke Senggora. Dalam ekspedisi ini angkatan Kedah telah memusnahkan kampung-kampung dan kuil Buddha. Angkatan ini mara ke Kota Baru, Reman dan seterusnya ke Kuala Bekah, Patani.82 Di samping itu angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Taib83 dan Tunku Muhammad Jiwa bersama kira-kira 2,500 orang84 bergerak ke Senggora dan berjaya mendudukinya. Mereka mendirikan 11 kubu kecil di sini. Angkatan Tunku Muhammad Saad bersama dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi bersama 4,200 orang juga menuju ke utara dan menduduki Hadyai.85 Kejayaan angkatan Tunku Muhammad Saad menghalau tentera Siam dari Kedah dan mendaulatkan kembali kuasa dan politik Melayu telah mengejutkan kerajaan Siam. Dengan itu Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora yang ada di Bangkok diperintahkan pulang oleh Raja Siam mengumpul kekuatan mengatasi pasukan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad.86 Serangan balas daripada angkatan Siam yang terdiri daripada 500 orang Cina, 2,000 orang Siam dan Melayu tidak dapat dihadang oleh angkatan Tunku Muhammad Taib yang berkubu di Senggora. Dalam pertempuran ini angkatan Kedah kehilangan jiwa 150 orang.87 Angkatan Tunku Muhammad Saad dan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi yang berada di Hadyai juga gagal mengatasi serangan balas angkatan Siam di bawah Chao Phya Ligor yang berlarutan kira-kira 20 hari. Walaupun Tunku Muhammad Saad dapat mengundurkan diri tetapi Syeikh Abdul Samad al-Palembangi terkorban dalam pertempuran tersebut.88 Selain itu Setul juga telah diduduki kembali oleh angkatan Siam.

Kemudiannya angkatan Siam melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan orang Melayu di Alur Ganu.89 Pertahanan Kedah di Alur Ganu di bawah Tunku Muhammad Saad dan Dato' Wan Ali telah pecah; angkatan Siam berjaya mendudukinya.90 Angkatan tentera Siam datang dalam tiga pasukan bersama gajah, kerbau dan bersama mereka terdapat kanak-kanak serta wanita, berpakai biasa tetapi rambut mereka dipotong yang ditawan dari kampung Alur Lakkah(?), yang mana suami mereka berada dalam kubu di Alur Ganu.91 Haji Muhammad Taib yang mengalami kecederaan berundur; menaikki perahu ke Pulau Pinang.92 Tunku Muhammad Taib pula setelah gagal bertahan kubu Alur Ganu daripada serangan Siam, berundur di waktu malam ke Kuala.93 Pihak British menghantar kapal Hyacinth untuk mengepung pantai Kedah. Kapal ini bertugas dari 6 Disember 1838 hingga 11 April 1839.94 Ketika mengepung persisiran pantai Kedah, angkatan British memusnah perahu dan harta orang-orang Kedah.95 Dalam bulan Februari 1839, angkatan Siam kira-kira 4,000 orang telah melanggar Kota Kuala yang dikawal oleh Tunku Abdullah. Tunku Muhammad Saad bergabung di Kota Kuala selepas angkatannya gagal mengatasi serangan tentera Siam di kubu Alur Ganu.96 Di antara mereka yang terlibat dalam pertahanan di kota kuala ialah Tunku Abdullah, Tunku Muhammad Saad, Tunku Muhammad Seawee [Zawawi?] dan Tunku Muhammad Taib. Jumlah tentera yang bertahan pula kira-kira 500 orang.97 Akhirnya Kota Kuala diduduki semula oleh angkatan Siam pada 20 Mac 1839.98 Setelah kekalahan di Kota Kuala, pasukan tentera Kedah berkumpul lagi dan melancarkan serangan kira-kira tiga hari ke atas pertahanan tentera Siam di kubu Alur Ganu. Dalam pertempuran yang berlarutan selama tiga hari, pasukan Kedah gagal mengalahkan tentera Siam. Dengan itu Tunku Muhammad Saad berundur. Wan Muhammad Ali, Haji Mustaffa dn Wan Ismail berjaya mengundurkan diri ke Langkawi pada malam hari, 3 April 1839. Wan Muhammad dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri seterusnya ke Batu Bara, Sumatera. Kapal Hyacinth datang ke Langkawi dan mendapati beberapa buah perahu dimusnahkan.99 Tunku Muhammad Saad dilaporkan berundur ke arah Seberang Perai100 dan kemudiannya beliau ditangkap oleh British dengan tuduhan sebagai "lanun".101 Tunku Abdullah berundur ke Perlis dan kemudiannya menyerah diri kepada Gabenor S.G. Bonham di Pulau Pinang.102 Ketika serangan Siam ke atas Kedah, kira-kira 1,000 orang wanita dan kanak-kanak Kedah berlindung dalam jajahan British. Siam pula mengibarkan bendera setelah berjaya menawan kubu-kubu pertahanan Kedah.103 Sementara itu Tunku Jaafar, saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid, cuba berunding dengan pihak Siam.104 Tunku Muhammad Saad yang ditahan oleh British dihadapkan ke mahkamah. Walaupun bebas daripada tuduhan sebagai "lanun", Tunku Muhammad Saad dibuang ke Culcutta. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang dan meninggal dunia di Pulau Pinang.105 Gerakan Tunku Kudin, 1830-31 dan Tunku Muhammad Saad, 1838-39 memberi kesan kepada pentadbiran Siam di Kedah. Mulai tahun 1838, Pra Nang Klao atau Rama lll telah mengambil keputusan untuk memulangkan pentadbiran Kedah kepada anak tempatan. Pada tahun 1838, Rama lll telah melantik Tunku Anum, kerabat diraja Kedah sebagai Gabenor Kedah. Kedah dibahagikan kepada dua: Kedah, dibawah Tunku Anum dan Setul-Lingu di bawah pentadbiran Tunku Bisnu atau Tunku Dewa. Kayangan atau Perlis, walaupun masih sebahagian daripada Kedah tetapi ia diletakkan di bawah Raja Long Krok atau Paduka Seri Maharaja Lela, pembesar Kedah. Raja Long Krok dibantu oleh Syed Husin Jamalullail. Apabila Raja Long Krok meninggal dunia, Syed Husin menggantikan beliau.106

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar surat kepada Rama lll supaya mengampunkan baginda dan kembali semula bertakhta di Kedah. Bangkok meminta kepastian keikhlasan Sultan Ahmad Tajuddin. Dengan itu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar puteranya Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid ke Bangkok pada bulan Mac 1841. Tunku Dai menjadi wakil Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah memohon maaf daripada kerajaan Siam. Sementara itu Gabenor S.G. Bonham mengirimkan surat melalui Tunku Dai untuk disampaikan kepada Raja Siam. Dalam surat tersebut dinyatakan yang British meminta supaya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan kembali berkuasa di atas takhta kerajaan Kedah.107 Tunku Dai ditemani oleh Tunku Muhammad Akib, putera Tunku Bisnu, Raja Setul. Rama lll memperkenankannya, dan Sultan Ahmad Tajuddin dibenarkan kembali ke Kedah menduduki takhta kerajaan.108 Pada tahun 1841, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah mendapat persetujuan untuk menduduki semula takhta kerajaan Kedah.109 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan oleh British tinggal di Pulau Pinang, sementara menunggu rundingan dengan Siam mengenai kepulangan baginda ke Kedah selesai.110 Pada bulan Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang ke Kedah.111 Namun begitu Kedah dibahagikan kepada empat: Kedah, Kubang Pasu, Perlis dan Setul-Lingu. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berkuasa di Kedah; Tunku Anun, Kubang Pasu; Syed Husin, Perlis dan Tunku Bisnu, Setul-Lingu. Setul-Lingu diletakkan di bawah Raja Senggora; Kedah, Perlis dan Kubang Pasu diletakkan di bawah Nakhorn Sri Thammarat.112 Namun begitu Kubang Pasu diletakkan kembali di bawah pentadbiran Sultan Kedah, setelah Tunku Anom meninggal dunia. Manakala Perlis dan Setul kekal sebagai unit politik berasingan daripada Kedah.

 Kesimpulannya ialah:
      Siapa Tengku Puteh ini adakah Tengku Nyak Puteh atau Tengku Long Puteh...DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa melakukan ziarah baginda menitahkan dan menyebut makam Tengku Desa adalah makam Kerabat baginda juga.Ini diceritakan oleh Imam lama Masjid Sungai Pasir,Sungai Petani Kedah.yang berusia melebihi 90an...


Ini yang membuktikan kaitan Al marhum Tengku Desa Ibni Al marhum Tengku Puteh adalah orang yang sama dengan Tengku Long Puteh...jawapan hanya pada sebahagian Kerabat yang mengetahui sirah kelangsungan dan pertalian ini...saya paparkan peralatan asal yang disimpan oleh Al marhumah Tengku Midah Al marhum Tengku Puteh iaitu adinda Al marhum Tengku Desa sendiri..


Mahkota dan Tepak Serih


Semua kerabat diperlukan untuk merungkai misteri salasilah yang betul bagi pehak Tengku Puteh jika tidak keberatan berikan jawapan untuk meleraikan kekusutan ini.
Pohon berikan jawapan.jika waris Tengku Desa masih ada yang sekian lama terputus hubungan sila hubungi kembali melalui laman blog ini

sekian,wassalam...........................................Mahang.....................Kedah di kejauhan.... 

20 ulasan:

  1. Bila dibaca dan diteliti Tengku Long Puteh mempunyai anak yang lain iaitu
    1-Panglima Hassan
    2-Mis
    3-Che Rio
    4-Awang Lahal
    5-Che Akil

    Dari nama Panglima Hassan ini ada menunjukkan tanda-tanda Tengku Long Puteh adalah orang yang sama dengan Tengku Puteh...berkemungkinan Tengku Long Puteh mempunyai isteri yang lain dan mempunyai anak yang bernama

    1-Tengku Desa
    2-Tengku Midah

    Sejarah Tengku Puteh tidak dijelaskan secara terperinci,Terutamanya kemangkatan baginda,Makam baginda dan Kerabat baginda...serta Asal baginda....
    Bantuan untuk mengesahkannya diperlukan oleh penulis Tengku Junip Huzaiyen
    sama-sama kita membantu mengesan kerabat yang telah terputus hubungan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kawasan Sungai Pasir juga terdapat kerabat kita yang dipercayai dari Keturunan Tengku Puteh tetapi mereka merahsiakan identiti hingga kehari ini apabila saya merayu mereka beberapa kali supaya memberanikan diri meperkenalkan diri dari kerabat yang mana dan sangkut pautnya
      Sayang mereka masih berpegang pada cara lama tidak mahu menceritakannya walaupun sebahagiannya saya mengenalinya selama 10 tahun
      Mereka masih takut....
      Entah apa yang ditakutkan

      Padam
  2. Saya tertarik dengan nama Dato' Madi dari Bandar Bharu dalam usaha membantu Kerabat Kedah berperang dengan Sukhothai dizaman musuh bisik 1821m....saya seperti tertanya tanya adakah Dato Madi atau Orang Kaya Tok Mad ini adalah orang yang sama...(sebutan ayahanda saya orang kaya Tok Mad)mungkin nama sebenar Dato' Madi...yang juga menantu Tunku Muhammad Saad Ibni Tunku Daud...semua kebarangkaliannya mungkin terjawab...
    sedikit demi sedikit jika saya berkesempatan menemui beberapa orang lama yang tahu kisahnya...diBandar Bharu,Kedah.
    Sebab ada kaitannya dengan saya...juga..sebab jika benar bantuan yang dihulurkan oleh Dato' Madi ini adalah kerana membantu bapa mertuanya yakni Tunku Muhammad Saad berperang dengan Sukhothai...kebarangkaliannya adalah 80%
    begitu juga jika berjumpa dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahim yang menetap diSungai Bakap,Seberang Perai Selatan..semuanya mungkin tersingkap dimana sebilah pedang yang disimpan diKuala Kangsar Perak yang dipercayai ada Kembarnya yang mana satunya (betina) dirampas oleh pihak sukhothai...sedangkan pedang jantan disimpan oleh kerabat mereka...tetapi mereka juga merahsiakan penceritaan masing-masing kerana takut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupa-rupanya Moyangnda saya Al marhum Tunku Muhammad Saad Ibni Al Marhum Tunku Daud ini banyak membantu saya merungkai beberapa persoalan yang selama ini tidak terjawab...kini kian nampak akan kesinambungan akan sebahagian sejarah yang digelapkan itu semakin hari semakin nampak klu dan kaitannya...seperti mana cerita lisan ayahanda saya kepada saya....bila renung kembali ada klu yang boleh dikaitkan dengan sejarah nyata (sejarah yang dicatatkan) dengan sejarah lisan ayahanda saya walaupun kadang kala kena menunggu sekian lama untuk mendapatkan maklum balas lisan darinya...banyak sangat tangisan ayahanda...maklumlah anak degilnya sering bertanyakan itu ini berkaitan sejarah keluarga...Alhamdulillah ada terungkai sedikit-demi sedikit untuk kajian pembaca dan kerabat...mana tahu satu hari nanti sejarah ini akan ditekskan menjadi mata pelajaran disekolah-sekolah sebagai rujukkan sejarah bangsa yang dihilangkan

      Padam
    2. Naluri saya kuat mengatakan Tengku Long Puteh ,Tengku Nyak Puteh dan Tengku Puteh adalah orang yang sama....
      itu gerak hati saya

      Hanya Allah yang mengetahuinya

      Padam
    3. P Ramlee tu nama penuh dia Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.. Nyak ni bahasa Acheh.. Saya merasakan TLP mungkin orang sama dengan TP tetapi bukan TNP..
      Namun tak boleh disanggah terus sebab sejarah Kedah dengan Acheh ini banyak jalin-kaitnya.. Kulit dan misai pun sama :)

      Padam
    4. Rasa-rasanya zaman ayahanda Tan Seri P.Ramlee atau Teuku Nyak Puteh nii terkemudian dari peperangan musuh bisik 1821m.
      Rasanya Tengku Nyak Puteh adalah orang yang berlainan dengan Teuku Nyak Puteh kerana perbezaan tahun..dan asbab musababnya...

      Saya yakin Tengku Nyak Puteh ini adalah Tengku Long Puteh berdasarkan jawatan baginda menjadi raja laut sewaktu itu.Dimana baginda telah kembali ke Acheh membawa bala tenteranya membantu Kedah berperang sebab itu nama anak-anak baginda ada unsur-unsur nama Acheh ,Anak-anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil yang berkemungkinan telah berkahwin dengan Kerabat dari Acheh.
      Jika di Kedah baginda mungkin dikenali sebagai Tengku Long Puteh atau dikalangan warisnya hanya menggelarkan Tengku Puteh
      Segala kemungkinan mungkin berlaku jika kita perhatikan dizaman tesebut rata-rata Kerabat moyang kita berkahwin lebih dari satu bertujuan melebarkan warisannya...ada yang diketahui dan ada yang disembunyikan identiti hingga sekarang.
      Setelah berada di bumi "MERDEKA" masih lagi sembunyikan diri takut dibunuh oleh pembunuh upahan seperti zaman nenek moyang kita dahulu..
      Itu hakikat dan rialitinya...walaupun kita cuba untuk mempengaruhi sebahagian kerabat supaya membongkar sirah yang digelapkan oleh kita sendiri.

      cuba sorotkan sedikit jawatan ini:

      1-Tengku Long Puteh @ Tengku Puteh-Raja Laut
      2-Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah-Raja Darat
      3-Tunku Muhammad Saad Ibni Tunku Daud-Panglima Perang @ Perai...

      Padam
  3. Salam Nik dan Tengku Junaip..

    Sebelah nenda perempuan saya Tengku Zaharah binti Tengku Mat Desa binti Tengku Ahmad (gelaran kampung Ayah Tuan Mat). Tok teh saya Tengku Hasan (nama rasmi dalam kad pengenalan hanya Che Hasan, anaknya kebetulan tinggal di Jelebu dalam sejam suku dari Beranang, Che Ghazali bin Che Hasan, saya panggil pak lang, sepupu ayah saya). Mungkin nama kebetulan sama dengan tengku desa ibn tengku putih. Tapi kami semua ni main kawasan Mahang semuanya. Tengku Hasan ni berkahwin dengan kerabat Terengganu/Besut, masih ada, golongan kaya di Mahang, Tuan Jusoh, Tuan Ali, Tuan Hassan. Tuan ni kalau di Kelantan atau Terengganu sama taraf dengan Tengku lah. Gelaran Long/Tuan lebih awal sebelum Tengku di sana. Unik jugak orang2 dulu, walau dalam kemiskinan, menyembunyikan gelaran tapi berkahwin di kalangan orang bergelaran juga. Sayangnya kita semua bermula dari bawah meraba-raba mencari salasilah kita pada saat orang2 penting telah meninggal dunia. Namun, saya rasa banyak hikmahnya Nik dan Ku Junaip.. Kalau kita terus tahu salasilah kita, kita tak mencari lagi. memadai dengan puak kita saja. Tapi dengan jadi meraba begini, kita lebih kenal-mengenal, sambung-menyambung... Subhanallah...makin rapat silaturrahiim..

    Nik dan Ku kalau ada masa carilah rumah Tunku Zainol Rashid, jemput dia jadi pengerusi KSMJII yang Nik cadangkan itu, dia orang berpengaruh di Alor Star, bertambah jaringan kita nanti, jaringan yang diberkati Allah..jaringan keluarga dan silaturrahiim..InsyaAllah beliau tak sombong orangnya.. saya belum jumpa lagi, cuma pernah berhubung melalui telefon dalam tahun 2009.
    Sesuai dengan lagu tema blog ini..
    InsyaAllah..you'll find your way...
    Ameen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...Ku Mahadhir
      Jika selepas raya ini mungkin kita akan bertemu dengan YM Tengku Zainol Rashid jika ada dikalangan Kerabat kita yang lain bersetuju atas cadangan ini...
      Pandangan Tengku Zakaria juga dari Ligor juga diperlukan,Ku Hezli dari Ipoh kerabat Tunku Abdullah Lebar juga harus diambil kira...
      Kita perlukan kata putus yang sesuai untuk lestarikannya....untuk mengelakkan ianya disalah tafsir kemudian hari...takut membelakangi kerabat yang lain...
      Kerabat Sultan Zainal Rashid yang masih berada di Thailand juga harus diambil kira kerana mereka sebahagian dari kerabat kita.

      Padam
    2. Benar juga Nik..
      Tak apa, kita kumpulkan pelbagai cadangan dan buat satu mesyuarat penaja macam biasa..jika benar2 ingin laksanakan..
      Juga cadangan ujian DNA, seperti dalam gmail tempoh hari..banyak faedahnya..cuma kosnya kita bahagi sama rata mungkin dalam 250 seorang.. kalau kita berjaya cari kerabat Reman, Legeh, Patani menyertai lebih baik.. jangan seorang sahaja, tak nampak pattern nanti. Setiap keluarga kena ada dua tiga orang wakil yang bukan adik-beradik, baru kita ada buki saintifik kaitan Reman, Legeh, Patani, Kelantan dengan Kedah..
      Tapi sebelum buat ujian semua kena tandatangan, ujian atas dasar mentautkan silaturrahim, tiada tuntutan walau apa pun akan dibuat kepada penganjur, duli-duli raja-raja melayu, kerajaan-kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia.
      Yang berlalu biarkan berlalu sebagai iktibar. Kita tumpukan usaha memartabatkan kerabat kita khasnya dan seluruh umat Melayu dan Islam umumnya.

      Padam
    3. Insyaallah jika kita mendapat restu dan kehendak kerabat kita ..

      Saya dari kerabat Tunku Nik Chik bersedia.
      bagaimana pula......
      waris Tengku Abdullah Lebar,Tunku Muhammad Saad
      , Tengku Puteh ,kerabat Sultan Zainal Rashid II dan yang lain lainnya

      Padam
    4. Salam Nik Ya & Don Balon,

      Saya mewakili kerabat Sultan Zainal Rashid II bersetuju dengan cadangan tersebut. lagi ramai lagi bagus untuk pencarian sumber maklumat. Yang di Ligor tu akan hamba uruskan.

      Padam
    5. Alhamdulillah
      Tengku Zakaria
      semoga setiap usaha kita diberkati...ameen

      Padam
  4. Catatan tambahan:

    Kaitan Tengku Long Puteh atau Tengku Puteh

    Ini catatan setelah kajian dan penceritaan lisan

    Tengku Long Puteh @ Tengku Puteh mempunyai 3 @ 4 orang isteri

    i) Isteri pertama dari Acheh mempunyai 5 orang anak:

    1-Panglima Hassan
    2-Mis
    3-Che Rio
    4-Awang Lahal
    5-Che Akil

    ii) Isteri kedua adalah adinda Sultan Ahmad Tajuddin Shah iaitu Tunku Zam-zam @ Jam jam mempunyai seorang anak

    1)Tunku Aishah berkahwin dengan Syed Hussein

    iii) Isteri ketiga Tengku Zaleha mempunyai dua orang anak

    1)Tengku Desa
    mempunyai seoang anak bernama Tengku Jam-jam @ Mak long Jam menetap keluarga ini di Malau, Kulim ,Kedah.

    2) Tengku Midah.......Keturunan ini sila lihat Salasilah Tunku Puteh secara ringkas
    sambungan nya ialah Tengku Junip Huzaiyen dan ahli kerabat yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ralat:
      1)Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah

      2)Waris Tengku Jam menetap di Malau Kulim Kedah

      3)Tengku Desa cacat disebabkan penyakit angin ahmar diusia tuanya...

      Harap maklum

      Padam
  5. Salam saya dikatakan dr keturunan kerabat diraja kedah seperti yg dikatakan oleh datuk saya itu sy krg pasti dr mana susurgalurnya. Dan dia ada kata sy generasi ke7 raja bersiong dan dia ada mengatakan ada batu di kawasan pagar ruyung untuk membuktikan sesiapa dpt mengangkat adalah dr keturunannya. Adik perempuan datuk saya pernah kesana dan dpt mengangkatnya, penjaga mengatakan perkara yg sama seperti datuk saya mungkin itu kebetulan saja. Dan dia pernah menyuruh menambah nama tengku dihadapan nama saya tp saya hanya tersenyum mendengarkannya. Itulah yg selalu dperkatakanya yg kini terlantar hmpi 40 thn kerana angin ahmarnya. Saya cuma ingin tahu saja apakah yg dkatanya adakah benar.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Salam
    Saya mempunyai salahsilah dri Keturunan Panglima Aman disetoi pada kurun dahulu. Masih mencari nasab,,keturnan kami tidak diketahui sama ada mempunyai gelaran atau pun tidak. Apa yang saya tahu dri Pak cik saya keturuna kami berasal dri Ban Kwan. Pada zaman kejatuhan Seoti, Panglima Aman telah mudik ke Bagan Tiang Perak. \Keturunanu Panglima Ahamd anak sulung kepada Panglima Aman masih berada disana. Saya sangat berminat untuk mencari sasurjalur keturunan yang ada disini. Mohan sesaiapa boleh hubungi saya Rohaizan Shafie 0169704360

    BalasPadam