Isnin, 20 April 2015

Assalamualaikum....
Catatan hamba insan yang lemah ini bermula semula tetapi hamba tidak akan melibatkan catatan pihak luar hanya hamba akan catatkan apa sahaja kisah dan cerita dari Al Marhum Ayahnda hamba Al Marhum Nik Man Ibni Al Marhum Nik Salleh Ibni Al Marhum Nik Chik...catatan ini akan dimulakan selepas genap 100 hari kembalinya Ayahnda hamba ke rahmatullah...
Tanggal 24 Disember 2014 jam 5.55 petang Al marhum ayahnda dijemput Illahi...hamba redha dengan ketentuan yang Esa...kerana ayahnda lebih disanyangi olehNya...
Pemergian ayahnda ada pelbagai perkara aneh yang berlaku...yang hamba kira ianya akan berlaku pada orang lain juga..
Sebelum ayahnda kembali ketempat asalnya...ayahnda dirawat diHospital Kulim,Kedah...kerana ada tanda tanda serangan angin ahmar peringkat pertama tetapi tidak lah menunjukkan riaksi yang aneh...anak saudara hamba datang uruskan datoknya dengan mengurut pagi dan petang kebetulan musim cuti sekolah.manakala hamba kerap berulang alik kekampong.
Selepas malamnya hamba memberikan tumpuan padanya...ayahnda hamba diakhir akhirnya amat manja dengan hamba...disebabkan pergerakan yang pelahan hamba dukung ayahnda hamba...sekali dan dua kali...hamba rasakan belum ada diantara anak anaknya yang berbuat demikian..selang dua hari ayahnda minta untuk keHospital...kerana katanya kalau dirawat mungkin akan sembuh...itu anggapannya ...ditakdirkan hari pertama malamnya hamba ambil cuti kecemasan dan menjaga ayahnda dihospital..semuanya hamba turuti kerana hamba sudah nampak tanda tanda pada tubuh ayahnda...tapi kerana itu adalah sesuatu yang hamba tidak pasti maka hamba diamkan.(perjalanan darah dibahagian kaki dikedua dua belah sudah tidak menunjukkan tanda tanda aktif aliran darahnya..pucat)..Petang itu ayahnda santap dengan banyaknya...hamba suapkan dengan kasih sayang sebagai seorang insan yang amat kasih dan sayang pada ayahnda...tiada ayahnda tiadalah hamba dimuka bumi ini....sambil tersenyum..ayahnda puas santap petang itu...selepas magrib ayahnda ada tanda tanda tidak sedarkan diri...apabila tersedar ayahnda mengenggam tangan hamba dengan begitu kuat sekali...selepas itu ayahnda koma...tepat jam 01.00 pagi...doktor telah memberikan hamba isyarat ....oleh kerana hamba anaknya hamba lah bertanggung jawab untuk membuat keputusan...pagi esok ayahnda dibawa ke Metro Bukit Mertajam untuk diimbas otaknya...jam 12.00 tengahari hamba dimaklumkan ayahnda hamba sudah tidak menunjukkan riaksi ....oleh kerana menunggu adik beradik yang lain dan hasil perbincangan dengan pihak doktor mengambil kata sepakat untuk memberikan bantuan pernafasan melalui oksigen..jam 12.00 tengah malam ayahnda dipindahkan ke Wad8 yang mana sebelum ini dirawat di Wad 5...selepas semua saudara mara hadir hamba mengambil keputusan tidak mahu pihak hospital melakukan sebarang pembedahan bagi menebuk kerongkong ayahnda untuk dialirkan udara dengan bantuan alat pernafasan...jam 12.30 tengahari ayahnda diuruskan untuk discaj keluar dan dengan bantuan ambulan yang disewa ayahnda dibawa balik dan sampai dirumah jam 04.30 petang....persedian pembaringan ayahnda sudah disiapkan awal lagi...pihak petugas akhirnya mencabut alat bantuan pernafasan...jam 05.55 petang selepas azan asar ayahnda menarik nafas dengan lembut sebanyak tiga kali...dan hamba melihat peluh sejuk mengalir didahi dan tubuhnya...tiba tiba hamba terpandang dikelopak matanya air mata perpisahan untuk hamba...sepanjang ayahnda sampai dirumah tak henti henti hamba membisikkan syahadah akhir kepada ayahnda..dengan terang dan tenang...
Semasa hamba lap peloh sejuk dan air mata ayahnda tak tertahan lagi jiwa hamba ini...kerana melihat air mata perpisahan ayahnda...semasa lap air mata ayahnda ..air mata hamba turun sendirinya tanpa ditahan tahan...seperti hujan sukar hendak berhenti...hamba kucup dahi ayahnda...terima kasih ayahnda atas pengorbanan mu pada anaknda...terima kasih kerana sering menceritakan segala galanya rahsia keturunan kita...terima kasih segala galanya kerana mengajar anaknda ini tentang kasih sayang dan kerinduan.kisah akan bersambung kelak..

Khamis, 27 November 2014

TIADA LAGI BLOG KERABAT TUNKU LONG PUTERA SHAH MENCARI PERMATA YANG HILANG..

             Di akhir zaman banyak pihak mengaku keturunan itu dan ini..tambahan jika ada pertalian dengan pemerintah yakni raja sesuatu negeri.Saya adalah penulis blog tersebut...setelah mencari dan mengesan seluruh salasilah yang dipeolehi secara pertemuan,

             Kisah terjadi 6 tahun yang lepas dimana usaha saya mengumpul Kerabat Kedah yang membuang gelaran dan hidup sebagai rakyat biasa...Setelah saya menghimpunkan hampir 15 keturunan dan cuba hendak disatukan pada Disember 2014 ini rupa-rupanya saya gagal mempertahankan hasrat hati saya selama ini untuk menyatukan seluruh kerabat yang terpinggir...

             Kisah pelbagai kisah saya utarakan,salasilah juga banyak salasilah yang saya perolehi dan keluarkan.Saya merasakan terguris hati dan perasaan apabila perkara yang saya harapkan akan merubah seluruh kehidupan Kerabat Kedah Yang Terpinggir ini akan dilestarikan.rupanya tidak....mereka dengan bangga sanggup mengkastakan sesama keturunan mengikut darjat....siapakah anda untuk mengukur sesama manusia....sedangkan Agama Islam itu sendiri Indah dan sempurna...

             Saya memohon maaf seandainya blog yang berada dilaman sesawang ini sudah berubah corak  dan bentuk.Saya akan pastikan tiada lagi apa apa penulisan berbentuk persaudaraan atau kerabat yang ujud lagi..semuanya sandiwara mereka selama ini dengan mengakui mereka kerabat itu dan ini dan diakhirnya apabila mendapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi...

             Saya merasa bertanggung jawab untuk memulihkan kembali sifat takbur riak dan sombong bangga diri,...biarlah Allah S.W.T. membalas sifat mereka itu dengan sifat yang murni...kita tidak boleh menghukum sesama manusia....biarlah mereka dengan sifat ego mereka dalam bayang bayang suram yang mereka inginkan...saya rasa cukuplah setakat ini coretan hambar saya....biarlah yg berlalu berlalu pergi....